Google
 
PERHATIAN

01/01/2016 Sekali lagi lagu-lagu yang dimuat naik telah hilang, saya akan cuba pula menggunakan platform Google Drive & Youtube...

12/01/2016 Hampir kesemua lagu telah di upload kembali, sekiranya terdapat masaalah pada lagu sila beri komen anda.

Mohon subscribe saya di Youtube, Terima Kasih



Thursday

S. Jibeng - Profile


S. Jibeng, merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya semenjak 1960-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.Dilahirkan dalam tahun 1942 di Singapura, S. Jibeng tidak tahu bila tarikh lahir sebenarnya. Ini kerana menurut beliau pada waktu itu tidak ada surat beranak dikeluarkan.

Nama sebenarnya Jaafar bin Sidek. Menurut beliau nama Jibeng diberikan oleh neneknya semenatara huruf ‘S’ di pangkal nama adalah singkatan daripada nama bapanya. Hingga kini beliau dikenali dengan nama S. Jibeng dan nama asalnya seakan tenggelam begitu saja. Beliau hilang deria penglihatan akibat penyakit campak, semasa beliau berumur dua tahun. Namun ternyata di sebalik kecacatan tersebut Allah menganugerahkan S. Jibeng dengan bakat dan kebolehan seni yang istimewa. Sejak kecil S. Jibeng sudah menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang seni suara.

Semasa usianya 26 tahun,S. Jibeng telah ditawarkan untuk merakamkan lagu ke piring hitam.Lagu pertama yang dirakamkan oleh S. Jibeng berjudul ‘Musafir Kelana’. Diluar jangkaan, album Musafir Kelana mendapat sambutan yang baik daripada peminat seni suara. Kejayaan ini telah mendorong syarikat rakaman Suria Records memberikan kepercayaan kepada S. Jibeng untuk merakamkan lagu-lagu lain pula. Hasilnya satu demi satu lagu nyanyian seniman ini menjadi pujaan ramai. Antara lagu-lagu beliau yang terkenal ialah ‘Inai Di jari’. ‘Asmara Dewi’,‘Selamat Tinggal Pujaan’, ‘Setahun Kata Kuberi’, ‘Si Cincin Emas’, ‘Musafir Di AidilFitri’, ‘Nasib Si Buta’ dan ‘Ratapan Anak Yatim’.Beliau telah kemabali kerahmatullah pada 7 Februari 2006.


Songs:
 
View Gadis Pertiwi.mp3- by S.Jibeng
View Inai Di Jari.mp3 - by S. Jibeng
View Cik Ainon Janda Muda.mp3 - by S. Jibeng
View Selamat Tinggal Pujaan.mp3- by S. Jibeng
View Asmara Dewi.mp3 - by S. Jibeng
View Mabuk Kepayang.mp3 - by S. Jibeng
View Musafir Di Aidil Fitri.mp3 - by S. Jibeng
View Musafir Kelana.mp3 - by S. Jibeng
View Setahun Kataku Beri.mp3 - by S. Jibeng
View Dendang Merindu.mp3 - by S. Jibeng
View Dikau Pujaan.mp3 - by S. Jibeng
View Mengapa-lah Hidup Ku.mp3 - by S. Jibeng
View Mengharap Sinar.mp3 - by S. Jibeng
View Menjelang Hari Raya.mp3 - by S. Jibeng
View Menyesal Tak Berguna.mp3 - by S. Jibeng
View Nasib Si Buta.mp3 - by S. Jibeng
View Setahun.mp3 - by S. Jibeng
View Suria Beredar.mp3 - by S. Jibeng
View Takdir Tuhan.mp3 - by S. Jibeng
View Yale Yale.mp3 - by S. Jibeng
View Rindu Oh Rindu.mp3 - by S. Jibeng
View Hidup Menderita.mp3 - by S. Jibeng
View Terimalah Lagu Ku.mp3 - by S. Jibeng



0 comments: