Google
 
PERHATIAN

01/01/2016 Sekali lagi lagu-lagu yang dimuat naik telah hilang, saya akan cuba pula menggunakan platform Google Drive & Youtube...

12/01/2016 Hampir kesemua lagu telah di upload kembali, sekiranya terdapat masaalah pada lagu sila beri komen anda.

Mohon subscribe saya di Youtube, Terima Kasih



Monday

Biduanita Puan Sri Saloma - Profile


Biduanita Negara Puan Sri Datin Amar Salmah binti Ismail, AMN atau lebih dikenali sebagai Saloma (22 Januari 1935 - 25 April 1983) merupakan seorang penyanyi Singapura-Malaysia dan bintang filem yang popular dari tahun lewat 1950-an hingga awal 1980-an. Beliau dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura. Mengahwini Biduan Negara Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee pada 21 Nov 1961.

Beliau mula menyanyi pada usia tujuh tahun dan menjadi penyanyi profesional pada usia belasan tahun. Asalnya beliau menyanyi secara kebetulan. Dia banyak belajar menyanyi gaya nyanyian Ella Fitzgerald. Saloma lebih cenderung sebagai penyanyi berbanding sebagai pelakon.

Pada awalnya, beliau mengasah bakat bersama Orkes Fajar Murni pimpinan Yusof Osman. Lagu Pandang Kasih ciptaan Rahmat Ali membawa tuah kejayaan awalnya sebagai penyanyi. Beliau pernah menyertai Panca Sitara pada 1960-an.

Pada 28 September 1959, beliau kembali ke Singapura setelah tamat menyanyi di sebuah kelab malam di Australia. Di Australia , beliau menyanyi di beberapa kelab malam seperti Oriental Hotel, Melbourne dan disiarkan di televisyen di sana. Seterusnya beliau menandatangani kontrak menyanyi di kelab malam Tanglin - Golden Venus. Beliau berhasrat menyanyi di Amerika Syarikat dan Eropah. Beliau pernah menyanyi di Ocean Park Hotel dan Percy Proctors band.

Saloma telah mengakhiri penglibatan di dalam kariernya apabila menghembuskan nafas terakhir pada 25 April 1983 di Hospital Assunta, Petaling Jaya ketika berusia 48 tahun kerana menghidap penyakit demam kuning..


Songs:
View Rintihan Saloma.mp3 - by Saloma

View Aku Dia Dan Lagu.mp3 - by Saloma

View Tangisan Malam.mp3 - by Saloma
View Teratai.mp3 - by Saloma
View Asmara Bertemu.mp3 - by Saloma
View Yang Ditunggu Tak Tiba.mp3 - by Saloma
View Kuala Sedeli.mp3 - by Saloma
View Di Tanjung Katung.mp3 - by Saloma
View Pesta Muda Mudi.mp3 - by Saloma
View Istana Cinta.mp3 - by Saloma

View Malam Terakhir.mp3 - by Saloma
View Seri Dewi Malam.mp3 - by Saloma 
View Selamat Pengantin Baru.mp3 - by Saloma 
View Terbayang Selalu.mp3 - by Saloma
View Zapin Budaya.mp3 - by Saloma
View Perwira.mp3 - by Saloma 
View Pujaan Ku Tirana.mp3 - by Saloma 

















2 comments:

Anonymous said...

kepada sape yang bt citer sejarah. kalo nak pake bahasa inggeris tanyala yg arif grammar. jgn main letak je.. he dgn she pun boleh salah... ape citer?

de_kerinchi said...

maaf ler, terlepas pandang....sebab terima dan post aper yang ghost writter hantar...apapun sokongan dan teguran amat saya hargai terima kasih....